Untuk mencapai kecemerlangan kita memerlukan hati yangbulat,
begitu juga untuk bahagia, kita memerlukan hatiyang satu,
sama ada telah kita berikan kepada seseorang atau masih kita simpan sendiri.
Biar kepada sesiapa hati itu telah diberikan,
pastipemberian itu ikhlas sebab pulangannya serupa.
Jikaanda memberikan hati separuh-separuh, anda akanmendapat separuh;
jika anda memberikan kesemuanya,anda akan mendapat kesemuannya semula...
Cinta yang tulus memang memerlukan pengorbanan.
Salahsatu pengorbanan yang perlu dilakukan ialah memberikanhati.
Berikanlah keseluruhan hati anda terhadap orangyang anda cintai itu,
Tak usah reserve untuk oranglain, nanti anda juga mendapat sebahagian hatinyasaja.
Jujur, balasannya nikmat;
sebaliknya curang balasannyaderita.
Sifir hidup ini mudah.
Baik balasannya baikmanakala buruk dibalas buruk.
Jika anda bermain-maindengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati.
Jujurlah dengan hati sebab kebahagiaan kita letaknyadi situ.
Hati yang tidak tenang bermula daripada hati yang dicebis-cebiskan untuk diberikan kepada ramaiorang, yang sebenarnya tidah berhak terhadapnya.
Hati seorang isteri seharusnya berada seratus peratusdi dalam diri suaminya.
Manakala hati seorang suamiseharusnya berada sepenuhnya dalam diri isteri.
Masing-masing tidak boleh reserve walau secebis untukorang lain.
Berbuat begitu bererti sengaja mencarikbahagia.
Teori bahagia ialah memiliki sepenuh hatiatau memberikannya sepenuh hati.
Berada ditengah-tengah bererti sengaja menyusahkan diri denganrasa-rasa tidak selesa.
"Hatimu untuk siapa?"
Sebenarnya satu pertanyaan yangperlu ditanyakan oleh setiap orang terhadap dirinyasendiri. Benarkah hatinya telah diberikan sepenuhnyauntuk orang yang berhak, atau berkecai dan kini beradadi dalam diri ramai orang yang tidak sepatutnyamenerima?
Setiap kita memerlukan jawapan jujur sebab kedudukan hati kita hanya kita yang tahu keadaan dan statusnya.
Jujurlah dalam memberikan jawapan.
Kejujuran anda memang bermula daripada hati yang betul.
Jika andatelah mencemamaikan hati dan selalu tidak berlakujujur terhadapnya,
anda sukar memberikan jawapansetulusnya.
Jadilah seperti serikandi tatkala membulat hati untukberjuang.
Tiada apa-apa lagi buat dirinya kecualikeseluruhan hatinya telah diberikan untuk matlamatperjuangan.
Jika anda telah bergelar isteri,
saatnyauntuk memberikan sepenuh hati pada sang suami;
biarpundia seorang penagih, tidak bertanggungjawab, malahancurang.
Sebab setelah anda merelakan diri untukmenerima seseorang keseluruhan diri anda adalah miliknya.
Dia bukan suami yang baik, itu urusan dia denganTUHAN-nya;
dia bukan seorang suami yang soleh, ituurusan dia dengan TUHAN-nya;
dia seorang suami yangzalim, tidak bertimbang rasa, curang, kaki perempuan,
itu urusan dia dengan TUHAN-nya.
Anda tidak sedikit pun akan dipertanggunjawabkanterhadap semua kekalutannya,
tapi anda akanbertanggungjawab terhadap hati anda yang sewajibnyaanda berikan seratus peratus pada dia.
"Hatimu untuk siapa?"
Sebuah epilog cinta dari dua insan yang saling memerlukan.
Sama ada anda merelakania berpindah ke insan lain,
atau anda simpan sendiri itu hak anda yang tiada siapa dapat mempertikaikannya,
namun sekiranya hati itu hendak diberikan kepadaseseorang,
biarlah seseorang itu insan yang betulkerana jika insan yang salah menerimanya,
anda akanterus bersalah.
WASSALAM

0 comments: